Objektif Kod Etika
a) Mengetahui masalah moral dan isu
etika komputer.
b) Memahami prinsip etika komputer.
c) Memahami etika profesional Teknologi Maklumat.
d) Mengetahui fungsi kod etika profesional.
e) Keperluan etika komputer.
Etika Komputer
v Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer
yang betul.
v Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek
dan capaian adalah antara isu dilema yang membabitkan etika penggunaan
komputer dalam era maklumat.
Masalah Moral Dan Etika
Terdapat beberapa masalah moral dan etika
yang sering berlaku iaitu:-
a) Penggertak
b) Penyalahgunaan internet
c) Virus
d) Hak cipta
e) Perisian cetak rompak
a) Penggertak
v Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan
merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama untuk membuat keuntungan.
v Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi
menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.
b) Penyalahgunaan Internet
v Konsep langit terbuka yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang
banyak implikasi buruk kepada para pengguna internet terutamanya di kalangan
remaja.
c) Virus
v Penyebaran virus boleh merosakkan sistem, data dan perisian. Ini boleh
melumpuhkan rangkaian komputer
d) Hak Cipta Terpelihara
v Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah dari
segi undang-undang hak cipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
e) Perisian Cetak Rompak
v Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk
dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.
|
Prinsip Etika Komputer
a) Keseimbangan
b) Keizinan termaklum
c) Keadilan
d) Meminimumkan risiko
a) Keseimbangan
v Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada
risiko dan keburukan.
b) Keizinan termaklum
v Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima
risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih
bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
c) Keadilan
v Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka
yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak
menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang
diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
d) Meminimumkan risiko
v Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak
berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi
maklumat adalah lebih daripada risikonya.
Panduan Kepada Pengguna
Komputer Adalah Seperti Berikut:
|
Wednesday, 18 July 2012
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment