Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, dan salam 1 Malaysia
kepada semua pelayar laman web sekalian.
Syukur alhamdulillah, berkat doa dan izin-Nya maka dapatlah
saya siapkan kerja kursus untuk Subjek Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu Berbantukan Komputer (BMM3105). Di ruang ini juga, tidak saya lupakan
pensyarah yang membimbing, memberi tunjuk ajar dan sentiasa bersabar dengan tingkah
laku anak didik beliau yang penuh dengan kepelbagaian karenah masing-masing.
Sepanjang saya melaksanakan dan membina laman web ini, banyak
pengalaman dan ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya peroleh dan timba.
Saya sedar bahawa sebagai seorang bakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah
ditimba dan dicari sebanyak mungkin sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa
ke alam pekerjaan yang sebenar nanti. Oleh itu, melalui kursus ini secara tidak
langsung saya dapat mengumpul dan menyimpan sebanyak bahan yang boleh sebagai
simpanan dan bekalan saya nanti untuk dijadikan sebagai bahan bantu pengajaran.
Di samping itu, saya sedar bahawa sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas memerlukan perancangan dan pelaksanaan yang pelbagai, menarik serta
menyeronokkan murid. Melalui kursus ini, secara langsung saya dapat belajar
bagaimana untuk membina bahan yang menarik untuk dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, misalnya menghasilkan video yang menarik sesuai
dengan tajuk dan tema yang hendak di ajar oleh guru tersebut. Oleh itu, peluang
dan ruang sepanjang kursus ini dilaksanakan akan saya manfaatkan sebanyak yang
mungkin. melalui kursus ini saya dapat belajar bagaimana membina laman sesawang
pengajaran dan pembelajaran untuk murid khususnya untuk subjek Bahasa Melayu. Di
samping dapat memuat naik dan turun bahan yang disalurkan. Kesannya, pengajaran
dan pembelajaran itu akan menjadi lebih mudah di samping dapat mempertingkatkan
kemahiran murid dalam menggunakan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Selain itu, kursus ini juga dapat meningkatkan kemahiran yang
dapat membantu serta mempermudahkan proses penyampaian pengajaran di dalam
kelas kelak. Akhir kata, segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang
dimiliki dapat terus dikembangkan dan digunakan semaksimum yang mungkin
serta diaplikasikan di sekolah nanti. InsyaAllah, sekian.
No comments:
Post a Comment