SELAMAT DATANG KE LAMAN ILMU ZUNIDA ZULKUFLI

Monday 6 August 2012

Tips Guna Enjin Carian


A.     Tips Guna Enjin Carian
1.         Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian
           yang dibuat.
2.         Penggunaan tanda tolak ( - ) dalam kata kunci pencarian.
            Contohnya :  - Enterprise, - Ker
3.         Penggunaan tanda pengikat kata ( “ “ ) bagi mendapatkan kata kunci yang lebih
           bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut.
4.         Penggunaan huruf besar dan huruf kecil.
            - kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama
             dengan huruf, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.
            Contohnya : *Perpaduan, *perpaduan, *PERPADUAN, nPerpaduan, nperpaduan
5.         Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan.
            - kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan yang digunakan dalam
             bahasa Inggeris.
              Contohnya : and, a, the, an, is
            - penggunaan tanda seruan juga diabaikan.
6.         Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian.
            - penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih
             spesifik dalam kotak carian dapat membantu memaparkan keputusan yang
             tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut.
           - fungsinya juga bukan sahaja dalam enjin carian Google tetapi ada pada pelayar
             web atau browser seperti Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
7.         Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai
           imbuhan perkataan.
           Contohnya : balls, tested, walking
8.         Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti
           Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
- alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di
             Browser History ini.
9.         Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian.
            - sekiranya belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau
              perancangan yang lain seperti berikut:-
·         nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
·         nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
·         nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
·         nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
·         nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.
10.       Perincian carian maklumat yang dibuat.
            - terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi
             menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Contohnya:
·         nTanda tambah ( + )
-       enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa
digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya.
·         nTanda aliran ( - )
-       penambahan tanda ini di depan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengannya.
·         nTanda asterisk ( * )
-       digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui.
Contohnya : pendekar*
·         nTanda atau ( OR ) atau ( ǀ )
-       digunakan untuk mencari salah satu perkataan carian yang sesuai. Contohnya : kenangan  ǀ indah
·         nJulat  penomboran
-       perincian sesuatu yang bernombor boleh dikecilkan skopnya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Contohnya : Windows server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200
·         nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search
-       mempunyai banyak pilihan dan criteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, Negara, bahasa dan lain-lain.
·         nPenggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google.
-       merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada yang lebih spesifik.


Rujukan:


 B.     Empat Pautan Lain Berkaitan Cara Guna Enjin Carian 






       



           

No comments:

Post a Comment