SELAMAT DATANG KE LAMAN ILMU ZUNIDA ZULKUFLI

Sunday 1 September 2013

Promosi As-Beauty

Sesiapa yang ingin mendapatkan produk penjagaan wajah As-Beauty boleh emel zuzulieda@yahoo.com ... atau SMS/Whatsapp 0195476913. 


A Simple Beauty

Promosi WSR

Women Secret Recipe WSR... kepada kaum wanita yang ingin mencuba atau ingin mendapat stok WSR bolehlah menghubungi saya melalui emel zuzulieda@yahoo.com atau SMS/Whatsapp 0195476913. Maklumat lanjut mengenai produk ini akan saya hantar melalui emel masing-masing.....

Saturday 31 August 2013

Cara Mengawal Nafsu Makan

Cara-cara Mengawal Nafsu Makan


Semua orang mempunyai nafsu makan. Nafsu makan ini yg menjadikan salah satu kenikmatan hidup jika tuntutan nafsu makan dapat ditunaikan. Namun jika nafsu terlalu diikutkan bakal memberikan kemudaratan pada kesihatan diri seperti obesiti. Terdapat beberapa cara yg boleh membantu dalam pengawalan nafsu makan:

1. Utamakan minum air 

Minum air sebelum makan makanan berat. Minum air selalu (not less than 2 Litre) akan membuatkan anda sentiasa kenyang, membantu untuk mengurangkan pengambilan makanan dan minuman manis. Minum air sentiasa akan memudahkan penghadaman, memudahkan pembuangan air kecil dan besar. 


2. Makan buah sebelum makan makanan berat

Adalah lebih baik jika didahulukan dengan memakan buah sebelum mengambil sebarang carbohydrate, kerana ia akan memudahkan proses penghadaman berlaku, malah membantu utk mengurangkan pengambilan kalori dlm makanan berat.


3. Kurangkan makanan dan minuman manis

Makanan dan minuman manis akan menaikkan kadar insulin, yg akan mengakibatkan anda cenderung untuk makan lebih. Makanan dan minuman manis selalunya mempunyai kalori yg tinggi, dan menjadikan anda lebih bernafsu untuk makan lebih.


4. Mengunyah berulang kali

Anda perlukan masa 20 minit untuk merasa kenyang. Untuk mencapai 20 minit, kurangkan pengambilan makanan dan mengunyahnya sehingga berulang-ulang kali. Setelah 20 minit, akan mencapai mesej pd perut telah merasa kenyang. Kunyah berulang kali juga elok untuk penghadaman yang bagus. Sebaik-baik mengunyah adalah sebanyak 40 kali.


5. Tekanan menjurus memakan berlebihan

Untuk mengawal nafsu makan, elakkan diri daripada merasa tekanan. Hal ini kerana tekanan diri boleh mengeluarkan hormone Cortisol yg mempengaruhi kenaikan insulin dan selera makan.  Anda boleh melepaskan tekanan dengan melakukan senaman aktif yang menghiburkan. 


6. Makan makanan bersumberkan protein

Memakan protein lebih mengenyangkan. Ia boleh membantu dalam pengawalan nafsu makan kerana protein juga terdiri daripada makanan yg enak. Tapi sebaiknya adalah sumber protein yg original supaya dapat mengelakkan daripada pengambilan kalori berlebihan dan lemak tepu. Contohnya, ayam.

Kesalahan Pembentukan Frasa

KESALAHAN PEMBENTUKAN FRASA
Antara kesalahan dari segi frasa yang kerap dikemukakan ialah;
1) Frasa nama (kata nama jamak, kata majmuk, rangkai kata setara dan hukum DM)
2) Frasa kerja pasif kata ganti diri pertama/kedua dan kata ganti diri ketiga
3) Frasa kerja transitif dan tak transitif
4) Frasa adjektif
5) Frasa sendi

1) Kesalahan Frasa Nama
Kesalahan yang kerap ialah kesalahan penggunaan bentuk jamak ataupun kata bilangan, kata nama majmuk, rangkai kata setara dan hukum DM.

Kesalahan Contoh:
1. Kesemua peserta-peserta seminar itu dihadiahi cenderamata sebagai kenang-kenangan.
2. Kami akan membincangkan lain-lain hal dalam mesyuarat tersebut.
3. Alat tulis-alat tulis itu kami beli dari kedai buku berhampiran.
4. Ibu-ibu bapa pelajar sekolah itu diwajibkan hadir ke majlis penyerahan keputusan peperiksaan anak-anak mereka.
5. Para-para guru diseru oleh Menteri Pendidikan agar sentiasa peka dengan perkembangan teknologi maklumat.

Ayat sepatutnya:
1. Kesemua peserta (atau: peserta-peserta) seminar itu ......
2. ...... membincangkan hal-hal lain dalam mesyuarat ......
3. Alat-alat tulis (atau: semua alat tulis) itu kami beli .......
4. Para ibu bapa pelajar sekolah itu ......
5. Para guru (atau: guru-guru) diseru .......

Ulasan ringkas:
1. Kata nama yang telah digandakan dan menunjukkan bilangan tidak boleh menerima kata bilangan lagi. Namun kata nama yang digandakan tetapi tidak menunjukkan bilangan perlu menerima kata bilangan seperti ‘semua kanak-kanak’ atau ‘ semua rama-rama’.
2. Perkataan ‘hal’ harus mendahului perkataan ‘lain’ dan digandakan untuk menunjukkan hal yang banyak, bukannya lain yang banyak.
3. Kata majmuk ‘alat tulis’ tidak boleh digandakan keseluruhannya, memadai digandakan perkataan pertama sahaja atau menerima kata bilangan.
4. Perkataan ‘ibu bapa’ merupakan rangkai kata setara yang boleh diselitkan perkataan ‘dan’ ataupun ‘atau’ dan tidak boleh digandakan langsung, sebaliknya hanya menerima kata bilangan untuk menunjukkan jumlah.
5. Sama sebagaimana dalam ayat (1)

2) Kesalahan Frasa Kerja Pasif.
Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah pembentukan frasa kerja pasif kata ganti diri pertama dan kedua yang tidak tepat atau menyisipkan apa-apa perkataan sama ada kata bantu atau kata sendi antara pelaku dan kata kerja pasif diri pertama dan kedua. Selain itu kesalahan pembentukan frasa kerja pasif kata ganti diri ketiga yang tidak tepat iaitu mengikut bentuk ayat pasif kata ganti nama diri pertama atau kata ganti nama diri kedua. Selain itu juga terdapat ayat pasif kata ganti nama diri ketiga yang menerima keterangan selepas kata kerja yang menggugurkan kata sendi nama ‘oleh’.

Kesalahan Contoh:
1. Bahan-bahan buangan itu mereka kumpulkan sebelum dilupuskan di tapak pelupusan.
2. Bahan-bahan buangan itu dikumpulkan oleh kami sebelum dilupuskan di tapak pelupusan.
3. Alat tulis itu kami akan beli pada minggu depan.
4. Alat tulis itu perlu kamu membeli dengan secepat mungkin.
5. Ceramah kerjaya itu akan disampaikan pada hari esok seorang pakar motivasi.

Ayat sepatutnya:
1. ....... dikumpulkan (oleh) mereka .....
2. ....... kami kumpulkan .......
3. ....... akan kami beli .......
4. ....... perlu kamu beli .......
5. ....... disampaikan pada hari esok oleh seorang pakar motivasi.

Ulasan ringkas:
Proses pembentukan ayat pasif perlu difahami sebelum pelajar dapat menguasai apakah yang dikatakan ayat pasif. Ayat pasif merupakan ayat yang meletakkan ‘benda yang kena’ oleh perbuatan sebagai ‘subjek’ ayat. Dalam ayat 1 hingga 5 semua subjeknya ‘bahan buangan’, ‘alat tulis’ dan ‘ceramah’ merupakan benda yang kena oleh perbuatan.
1. ‘Mereka’ merupakan kata ganti nama diri ketiga yang perlu mengikut bentuk pasif yang betul iaitu didahului kata ganti nama diri baru kata kerja berimbuhan ‘di...kan’. Kata hubung ‘oleh’ merupakan unsur pilihan iaitu boleh wujud atau tidak wujud kerana selepas kata kerja pasif ‘dikumpulkan’ tiada sebarang keterangan.
2. Ayat (1), (2) dan (3) mengandungi kata ganti nama diri pertama (kami) dan kata ganti nama diri kedua (kamu) yang meletakkan pelaku baru diikuti kata kerja pasif tanpa imbuhan awalan. Antara pelaku dan kata kerja juga tidak boleh ada kata bantu (akan, perlu). Kata bantu aspek atau kata bantu ragam perlu sebelum pelaku.
3. Ayat (5) memerlukan kata hubung ‘oleh’ disebabkan selepas kata kerja pasif ‘disampaikan’ merupakan keterangan masa baru diikuti pelaku (pakar motivasi). Tanpa kata hubung ‘oleh’ ayat tersebut merupakan ayat tergantung.

3) Kesalahan Frasa Kerja Transitif dan Tak Transitif.
Kesalahan yang kerap dikemukakan merupakan kesalahan pembentukan frasa dan penggunaan imbuhan yang membentuk frasa kerja.

Kesalahan Contoh:
1. Kami akan menerangkan tentang perkara itu kepada mereka.
2. Aminah tidak mahu memulangkan semula buku itu kepada abangnya.
3. Mereka tidak dapat terima keputusan perlawanan itu lalu menarik diri daripada pertandingan.
4. Badrul berharap Ahmad akan menghubunginya sebaik sahaja sampai di Pulau Pinang.
5. Salleh berfikir kejadian itu tidak akan menjejaskan hubungannya dengan Kamil.

Ayat Sepatutnya:
1. .....akan menerangkan perkara itu ......
2. .....tidak mahu memulangkan buku itu semula .........
3. .....tidak dapat menerima keputusan ........
4. .....berharap agar Ahmad akan .........
5. .....berfikir bahawa kejadian itu ........

Ulasan ringkas:
1. Pembentukan frasa kerja transitif dalam ayat (1) dan (2) memerlukan kata nama atau frasa nama sebagai pelengkap atau penyambut ataupun objek. Perkataan ‘menerangkan’ dan ‘memulangkan’ merupakan kata kerja transitif yang harus menerima ‘perkara itu’ dan ‘buku’ sebagai penyambut. Secara ringkas, selepas kata kerja transitif diikuti ‘apakah’ benda yang kena oleh perbuatan.
2. Ayat 3 memerlukan imbuhan ‘MeN’ (me, men, meN..i, meN..kan, meng, meny, menge) bagi membentuk frasa kerja transitif.
3. Ayat (4) dan ayat (5) membentuk frasa kerja tak transitif yang memerlukan kata sendi nama ataupun kata hubung ‘agar’ dan ‘bahawa’ sebagai penyambung kepada keterangan. Tanpa kata sendi nama ataupun kata hubung ayat tersebut membentuk kesalahan frasa.

4) Kesalahan Frasa Adjektif.
Kesalahan yang kerap dikemukakan bagi kesalahan frasa adjektif ialah kesalahan dari segi pembentukannya dan penggunaan kata penguat yang tidak tepat.

Kesalahan Contoh:
1. Harris merupakan pelajar yang terpintar sekali di dalam kelasnya.
2. Mereka berpakaian begitu kemas benar untuk ke majlis tersebut.
3. Cikgu Adnin sering menjadi guru yang paling terawal sampai di sekolah pada setiap hari.
4. Pemuda itu menjadi begitu terkenal sekali setelah memenangi pingat emas di peringkat Sukan
Olimpik.
5. Bangunan itulah yang paling tinggi sekali di Kuala Lumpur.
6. Saya sungguh benci kelakuan buruknya.

Ayat sepatutnya:
1. ........pelajar yang terpintar di dalam kelasnya. (atau) ....... pintar sekali di dalam kelasnya.
2. ........berpakaian begitu kemas untuk ......(atau) ........berpakaian kemas sekali untuk .......
3. ........guru yang paling awal sampai.......(atau) ........guru yang terawal sampai .........
4. ........menjadi begitu terkenal setelah .......(atau) .......menjadi terkenal sekali setelah......
5. ........yang paling tinggi di Kuala Lumpur. (atau) ........yang tinggi sekali di Kuala Lumpur.
6. .......sungguh benci akan kelakuan buruknya.

Ulasan ringkas:
Dua kata penguat dalam frasa adjektif tidak boleh digunakan dalam satu adjektif kecuali KATA PENGUAT BEBAS (sungguh, sangat dan amat). Begitu juga dengan imbuhan ‘ter’ yang mendukung maksud darjah penghabisan tidak boleh menerima kata penguat kecuali kata kata penguat bebas. Selain itu kata adjektif perasaan juga memerlukan kata sendi nama untuk dihubungkan dengan keterangan (lihat ayat 6).
Contoh dua kata penguat yang BOLEH digunakan dalam frasa adjektif ialah:
1. amat cantik sekali
2. sungguh besar sekali.
3. sangat baik benar.
4. teramat pandai.
5. tersangat masyhur.
· Dua KATA PENGUAT BEBAS (sangat, sungguh dan amat) BOLEH digunakan bersama atau digabungkan dengan satu lagi penguat ( biasanya kata penguat ‘sekali’) dalam satu adjektif seandainya salah satunya merupakan KATA PENGUAT BEBAS.

5) Kesalahan Frasa Sendi
Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah pengguguran frasa sendi antara kata kerja intransitif dan kata nama. Selain itu penggunaan kata sendi nama yang tidak tepat juga merupakan kesalahan lazim yang kerap dikemukakan dalam peperiksaan.

Kesalahan Contoh:
1. Mereka berasal dari sebuah keluarga yang besar.
2. Kami tidak menyangka bahawa mereka akan keluar daripada hutan itu secepat ini.
3. Mangsa-mangsa yang terlibat di dalam kebakaran itu akan ditempatkan di rumah panjang.
4. Dia melemparkan buku tersebut ke Azhar kerana terlalu marah.
5. Mereka memulakan kerja pembersihan itu daripada sudut kanan kawasan itu.

Ayat sepatutnya:
1. .......berasal daripada sebuah keluarga......
2. .......keluar dari hutan .........
3. .......yang terlibat dalam kebakaran..........
4. ........melemparkan buku tersebut kepada Azhar........
5. ........kerja pembersihan itu dari sudut kanan.......

Ulasan ringkas:
Pembentukan frasa sendi perlu mengikut tujuan pembentukannnya yang tepat. Sesuatu kata sendi yang membentuk frasa sendi tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya walaupun dalam keadaan biasa diterima dan difahami maksud fras berkenaan. Misalnya kata sendi ‘dari’ perlu digunakan untuk menunjukkan ARAH, TEMPAT dan MASA. Dalam ayat (3) frasa ‘di dalam kebakaran’ tidak boleh diterima sebagai betul kerana ‘kebakaran’ tidak menunjukkan maksud tempat sebaliknya bermaksud keadaan sesuatu atau hal. Maka kata sendi nama ‘di’ perlu digugurkan dan hanya menggunakan ‘dalam’. Dalam ayat (4) ‘Azhar’ menunjukkan maksud ‘manusia’ yang perlu menggunakan kata sendi nama ‘kepada’ bagi membentuk hukum penggunaan kata sendi nama yang betul. Ayat (5) ‘sudut kanan’ bermaksud tempat, maka kata sendi nama ‘dari’ perlu digunakan untuk membentuk frasa sendi yang betul.
KESALAHAN DARIPADA ASPEK FRASA
i) Bentuk Jamak

Ia dapat dinyatakan melalui:

a) Pengulangan kata nama seperti: guru-guru, murid-murid dan sebagainya.
b) Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid dan sebagainya.
c) Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dll
d) Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.

ii) Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang.

Contoh:
Dua biji telur-telur (salah)
Dua biji telur (betul)

Semua murid-murid (salah)
Semua murid (betul)

iii) Kata adjektif yang diulang sudah membawa mkna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang.

Contoh:

Lukisan-lukisan itu cantik-cantik belaka. (salah)
Lukisan itu cantik-cantik belaka. (salah)

Pakaian-pakaian di situ mahal-mahal harganya. (salah)
Pakaian di situ mahal-mahal harganya. (betul)

iv) Hukum DM ialah hukum tentang penyusunan kta-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat:

a) D beerti unsur yang diterangkan
b) M beerti unsur yang menerangkan

Contoh:
Lain-lain hal (salah)
Hal-hal lain (betul)

Karim Kedai Roti (salah)
Kedai Roti Karim (betul)

Goreng pisang (salah)
Pisang goreng (betul)

Tomato sos (salah)
Sos tomato (betul)

Mini telekung (salah)
Telekung mini (betul)

v) Frasa adjektif

- Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
- Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, & paling
- Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.

Contoh:
Bangunan itu tertinggi (salah)
Bangunan itu paling tinggi (betul)

- Apabila kata adjektif berawalan ter’ digunakan sebagai penerang,kata penguat TIDAK DIPERLUKAN.

contoh:
Noriah pemain yang paling terhandal. (salah)
Noriah pemain yang terhandal. (betul)

- Kata penguat TIDAK BOLEH diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif sekali gus.

contoh:
Buah langsat ini sangat manis sekali .(salah)
Buah langsat ini sangat manis. (betul)

- Frasa adjektif mesti diikuti oleh frasa sendi nama apabila frasa adjektif itu diperluas.

contoh:
Budak itu tidak suka durian. (salah)
Budak itu tidak suka akan durian. (betul)

KESALAHAN DARIPADA ASPEK FRASA II
Frasa Kerja Tak Transitif

a) Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek.
b) Frasa kerja tak transitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif sebagai kata utamanya.
c) Kata kerja tak transitif yang berapitan ber…kan mesti diikuti frasa nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.



Contoh:
Berlandaskan pada undang-undang (salah)
Berlandaskan undang-undang (betul)

berpandukan pada kamus (salah)
berpandukan kamus (betul)

d) Frasa kerja tak transitif mesti diikuti frasa sendi nama apabil frasa kerja itu diperluas.

contoh:
Kamu mesti ingat janji-janjimu. (salah)
Kamu mesti ingat akan janji-janjimu (betul)

Othman ingin bertemu gadis itu. (salah)
Othman ingin bertemu dengan gadis itu. (betul)

(ingat & bertemu = kata kerja tak transitif)

Frasa Kerja Transitif

a) Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
b) Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objekitu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.

contoh:

Beliau turut menyentuh tentang perkara itu. (salah)
Beliau turut menyentuh perkara itu. (betul)

Kami membincangkan tentang masalah itu. (salah)
Kami membincangkan masalah itu. (betul)

(** menyentuh & membincangkan ialah kata kerja transitif. perkara & masalah ialah kata nama sebagai objek.)

Frasa Kerja Pasif

a) Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif. frasa kerja terbahagi kepada:

- frasa kerja pasif diri pertama
* Terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya.
* Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakandengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

contoh:
diambil olehku (salah)
kuambil (betul)

dibuang oleh kami (salah)
kami buang (betul)


- frasa kerja pasif diri kedua
* Frasa kerja pasif diri kedua terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua sepertianda, awak, kamu dan sebagainya.
* Bentuk frasa kerja pasif diri kedua tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

contoh:
ditanya oleh anda (salah)
anda tanya (betul)

dibeli oleh kamu (salah)
kamu beli (betul)

- Frasa kerja pasif diri ketiga
* Terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti olehfrasa sendi (oleh + frasa nama). Kata 'oleh' pada frasa sendi ituboleh digugurkan.
* * Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama & kedua.

contoh:
beliau tulis (salah)
ditulis oleh beliau (betul)

dia kumpulkan (salah)
dikumpulkan olehnya (betul)

*************************************************************************************

Kata-kata lain TIDAK BOLEH disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalanmen- itu.

contoh:
kami akan atasi (salah)
akan kami atasi (betul)

kita perlu tolong (salah)
perlu kita tolong (betul)

anda mesti edarkan (salah)
mesti anda edarkan (betul)

ANALISIS KESALAHAN BAHASA

ANALISIS KESALAHAN BAHASA BAGI ARTIKEL.
Artikel yang dikaji dan dianalisis bertajuk “Pertukaran Agama: Hak Penjagaan Anak- Isu Dan Masalah”. Artikel ini ditulis oleh Noor Aziah Haji Mohd Awal. Artikel ini dipetik dari “The Malayan Law Journal Articles”, tahun 2004, volume 3.  

1.0       PENGENALAN
Artikel yang dikaji dan dianalisis bertajuk “Pertukaran Agama: Hak Penjagaan Anak- Isu Dan Masalah”. Artikel ini ditulis oleh Noor Aziah Haji Mohd Awal. Artikel ini dipetik dari “The Malayan Law Journal Articles”, tahun 2004, volume 3. 
Pertamanya, tugasan ini dilakukan bagi menganalisis unsur-unsur perkataan seperti  aspek-aspek ejaan, tanda baca, penggunaan kata majmuk, kata hubung, kata sendi dan lain-lain lagi.Kebanyakan kesalahan ini ialah kesalahan penggunaan imbuhan kata kerja men-, ter-, di-, memper-, -kan. Dari segi perbendaharaan kata, kesalahan sering berlaku apabila penggunanya sering menggunakan perbendaharaan kata yang tidak tepat dengan struktur ayat kerana kurang penguasaan perbendaharaan bahasa pertama. Keduanya, kita akan menganalisis kesalahan dari aspek struktur ayat. Ia bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat

2.0       ANALISIS TEKS
2.1       Pendahuluan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, analisis kesalahan bahasa bermaksud penghuraian atau pengupasan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya, buruk dan baiknya atau mengkaji suatu perbuatan yg salah atau apa-apa yg salah dalam suatu  kata-kata yg disusun menurut tatabahasa dan digunakan oleh seseorang dlm percakapan atau tulisan. Corder (1990:62) menguatkan pernyataan tersebut dengan mengatakan bahawa semua orang yang belajar bahasa pasti tidak luput daripada berbuat kesalahan.
Bab ini menganalisis kesalahan bahasa berdasarkan satu teks artikel undang-undang dari aspek unsur perkatan dan struktur ayat. Bagi aspek unsur perkatan atau juga dikenali sebagai aspek morfologi, terdapat beberapa kesalahan bahasa yang dapat dikesan antaranya kesalahan dari segi ejaan, kesalahan penggunaan kata sendi nama, kesalahan penggunaan imbuhan, kesalahan penggunaan kata hubung, kesalahan penggunaan kata pemeri “ialah” dan “adalah” dan  kesalahan penggunaan kata yang tidak tepat. Manakala bagi aspek kesalahan sintaksis pula lebih tertumpu kepada kesalahan struktur ayat.

2.2        Aspek Kesalahan Unsur Perkataan
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Kesalahan aspek unsur perkatan atau juga dikenali sebagai aspek morfologi, merupakan aspek kesalahan yang paling banyak dilakukan. Kebanyakan kesalahan ini ialah kesalahan penggunaan imbuhan kata kerja meN-, ter-, di-, memper-, -kan. Dari segi perbendaharaan kata, kesalahan sering berlaku apabila penggunanya sering menggunakan perbendaharaan kata yang tidak tepat dengan struktur ayat kerana kurang penguasaan perbendaharaan bahasa pertama.

2.2.1        Kesalahan dari segi ejaan
2.2.1.1 Kesalahan ejaan “berbila”: (Perenggan 1, Baris 1)
Salah: berbila
Contoh yang betul: berbilang
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada unsur perkataan “berbila”. Perkataan yang lebih tepat adalah “berbilang”. Ia bagi menunjukkan kepelbagaian kaum di Malaysia seperti “berbilang kaum”.

2.2.1.2 Kesalahan ejaan “di ma-mana”: (Perenggan 2, Baris 4)
Salah: “di ma-mana”
Contoh yang betul: “di mana-mana”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada unsur perkataan “di ma-mana”. Perkataan yang lebih tepat adalah “dimana-mana” bagi menunjukkan tempat seperti “agama boleh diamalkan dimana-mana bahagian Persekutuan”.

2.2.1.3 Kesalahan ejaan “unda-undang”: (Perenggan 3, Baris 5)
Salah: “unda-undang”
Contoh yang betul: “undang-undang”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan kata nama “unda-undang. Perkataan ini tidak membawa sebarang maksud. Perkataan yang betul adalah “undang-undang” misalnya “undang-undang keluarga”.

2.2.1.4 Kesalahan ejaan “berkaiatan” (Perenggan 5, Baris 2)
Salah: “berkaiatan”
Contoh yang betul: “berkaitan”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “berkaiatan” yang tidak membawa sebarang maksud. Perkataan yang tepat adalah “berkaitan seperti “hal-hal yang berkaitan dengannya”.

2.2.1.5 Kesalahan ejaan “ya” (Perenggan 5, Baris 7)
Salah: “ya”
Contoh yang betul: “yang”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “ya”. Perkataan yang lebih tepat adalah “yang” sebagai kata hubung tidak setara yang perlu digunakan bagi ayat “perkara-perkara yang melibatkan orang Islam” seperti yang ditulis oleh penulis.

2.2.1.6 Kesalahan ejaan “ha” (Perenggan 8, Baris 8)
Salah: “ha”
Contoh yang betul: “hanya”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “ha”. Perkataan yang lebih tepat adalah “hanya” yang perlu digunakan sebagai perkataan bagi ayat “Per 121(1A) hanya mula berkuatkuasa…”

2.2.1.7 Kesalahan ejaan “sesaorang” (Perenggan 9, Baris 8)
Salah: “sesaorang”
Contoh yang betul: “seseorang”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “sesaorang”. Perkataan yang lebih tepat adalah “seseorang” yang perlu digunakan sebagai perkataan bagi ayat “seseorang itu masih Islam…”

2.2.1.8 Kesalahan ejaan bagi penggunaan kata tanya “Bagaimanakan”(Perenggan 12, Baris 15)
Salah: “Bagaimanakan”
Contoh yang betul: “Bagaimanakah”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan ejaan bagi penggunaan kata Tanya “Bagaimanakan”. Perkataan yang lebih tepat adalah “Bagaimanakah” yang perlu digunakan sebagai perkataan bagi melengkapkan ayat yang berbentuk pertanyaan seperti “Bagaimanakah isu pemeliharaan anak, nafkah dan harta boleh diselesaikan?”

2.2.1.9 Kesalahan ejaan “seterus” (Perenggan 16, Baris 9)
Salah: “seterus”
Contoh yang betul: “seterusnya”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “seterus” dan perlu digantikan dengan perkataan “seterusnya” demi memelihara maksud ayat yang lebih mantap.

2.2.1.10 Kesalahan ejaan “a” (Perenggan 18, Baris 1)
Salah: “a”
Contoh yang betul: “anak”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan “a” dan perlu digantikan dengan perkataan “anak” demi memelihara maksud ayat yang lebih mantap seperti “isu hak penjagaan anak…..”

2.2.1.11 Kesalahan ejaan kata nama khas “Shamala” (Perenggan 26, Baris 2)
Salah: “Shamala”
Contoh yang betul: “Sharmala”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan kata nama khas bagi manusia iaitu “Shamala” dan perlu digantikan dengan perkataan “Sharmala” demi merujuk kepada pihak plaintiff yang sepatutnya iaitu Sharmala a/p Sathiyaseelan.

2.2.1.12Kesalahan ejaan kata nama khas “Rasulllah” (Perenggan 32, Baris 3)
Salah: “Rasulllah”
Contoh yang betul: “Rasulullah”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan ejaan kata nama khas iaitu “Rasulllah” dan perlu digantikan dengan perkataan “Rasulullah”.

2.2.2        Kesalahan penggunaan kata hubung
2.2.2.1 Kesalahan penggunaan kata “yang mana” (Perenggan 1, Baris 2)
Salah: “yang mana”
Contoh yang betul: digantikaan dengan perkataan “iaitu”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan dua kata hubung iaitu “yang mana”. Kedua-dua kata hubung tidak boleh digabungkan dalam satu ayat. Ia perlu digantikan dengan perkataan “iaitu”. Kesilapan ini sering terjadi apabila penulis menulis artikel dengan menggantikan perkataan bahasa Inggeris seperti “which” kepada bahasa Melayu secara langsung atau lebih dikenali sebagai “direct translation”.

2.2.3    Kesalahan penggunaan kata majmuk
2.2.3.1 Kesalahan penggunaan kata majmuk “campurtangan”
(Perenggan 5, Baris 5)
Salah: “campurtangan”
Contoh yang betul:”campur tangan”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada penggunaan kata majmuk yang tidak dijarakkan antara dua perkataan.

2.2.3.2 Kesalahan penggunaan kata majmuk “bidangkuasa” (Perenggan 5, Baris 6)
Salah: “bidangkuasa”
Contoh yang betul: “bidang kuasa”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada penggunaan kata majmuk yang tidak dijarakkan antara dua perkataan.

2.2.3.3 Kesalahan penggunaan kata majmuk “puashati”: (Perenggan 17, Baris 3)
Salah: “puashati”
Contoh yang betul: “puas hati”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan pada penggunaan kata majmuk yang tidak dijarakkan antara dua perkataan.

2.2.4    Kesalahan penggunaan tanda baca
2.2.4.1 Kesalahan penggunaan tanda baca bagi kata nama khas “makamah syariah”(Perenggan5, Baris7)
Salah: “mahkamah syariah”
Contoh yang betul: “Mahkamah Syariah”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan tanda baca iaitu setiap kata nama khas, mestilah ditulis dalam huruf besar padan pangkal perkataannya.

2.2.5   Kesalahan penggunaan kata jamak
2.2.5.1 Kesalahan penggunaan kata jamak “semua kes-kes”:
(Perenggan6, Baris7)
Salah: “semua kes-kes”
Contoh yang betul: “semua kes” atau “kes-kes”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan kata jamak “semua kes-kes”. Perkataan jamak hanya boleh diguna sekali sahaja dan tidak boleh berulang-ulang. Penulis hanya boleh menggunakan perkataan “semua kes” atau “kes-kes” dalam satu masa.

2.3        Aspek Kesalahan Struktur Ayat
Kesalahan struktur ayat atau juga dikenali sebagai sintaksis pula ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Kesalahan sintaksis merupakan kesalahan binaan bahasa yang menyimpang daripada struktur ayat yang betul dalam sesuatu bahasa. Kesalahan ini termasuklah kesalahan klausa dan ayat yang disebabkan oleh kejanggalan dan ketidakgramatisan.

2.3.1        Kesalahan struktur ayat
2.3.1.1 Ayat pertama: (Perenggan 3, Baris 2)
Salah: Kertas ini akan cuba melihat kepada masalah pertukaran agama dan isu-isu yang berkaitan dengannya”.
Contoh yang betul: Penulis akan cuba melihat kepada masalah pertukaran agama dan isu-isu yang berkaitan dengannya”.
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan struktur ayat dengan menyatakan “kertas” di hubungkan dengan penggunaan kata kerja “melihat”. Ini adalah disebabkan kertas (benda) tidak boleh melihat melainkan manusia.

2.3.1.2 Ayat kedua (Perenggan 8, Baris 5)
Salah: In the event of any inconsistency or conflict between this Act and any other written law other than the Constitution in force at the commencement of this Act, the provisions of this Act shall prevail.
Contoh yang betul: In the event of any inconsistency or conflict between this Act and any other written law other than the Constitution in force at the commencement of this Act, the provisions of this Act shall prevail.-“Italic”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan struktur ayat dengan menggunakan ayat bahasa inggeris tanpa membuat tanda pembuka dan penutup kata “……” atau‘italic’ ayat tersebut.

2.3.1.3 Ayat ketiga (Perenggan 10, Baris1)
Salah: “Dari di atas” suatu perkahwinan orang bukan Islam hanya boleh dibubarkan melalui kematian
Contoh yang betul: “bagi”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan kata sendi nama (dari) dan digabungkan dengan perkataan ke atas. Perkataan yang lebih sesuai untuk diganti ialah “bagi” seperti “bagi” suatu perkahwinan orang bukan Islam hanya boleh dibubarkan melalui kematian….”

2.3.1.4 Ayat keempat: (Perenggan 14, Baris 1)
Salah: “Pertukaran Agama dan Hak Penjagaan Anak (Hadanah)Isu ini sangat penting kerana ia melibatkan satu pihak yang tidak berdosa….”
Contoh yang betul: “Pertukaran Agama dan Hak Penjagaan Anak (Hadanah)menunjukkan isu ini sangat penting kerana ia melibatkan satu pihak yang tidak berdosa……”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan struktur ayat dengan menyambungkan perkataan hadanah dan isu tanpa struktur yang betul. Ayat ini boleh diperbetulkan dengan meletakkan perkataan “menunjukkan” di antara perkataan “Hadanah” dan “Isu”. Apabila ayat ini disambung, maka tanda baca perkataan “Isu” perlu ditulis dalam huruf kecil seperti “isu”.

2.3.1.5 Ayat kelima: (Perenggan 14, Baris 3)
Salah: “Mahkamah Syariah sering juga memasuk campur dalam memutuskan kes hadanah anak-anak…’
Contoh yang betul: “Mahkamah Syariah sering juga masuk campur bagimemutuskan kes hadanah anak-anak…’
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan struktur ayat dengan menambah imbuhan “me-” dalam perkataan “memasuk” dan menggunakan perkataan “dalam” bagi ayat yang tidak menunjukkan tempat.

2.3.1.6 Ayat keenam: (Perenggan 18, Baris 2)
Salah: Yang menjadi masalah ialah apabila salah satu pihak dari perkahwinan bukan Islam menganut Islam….”
Contoh yang betul: “Masalahnya ialah apabila salah satu pihak dari perkahwinan bukan Islam menganut Islam….”
Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan struktur ayat dengan menggunakan kata hubung tidak setara, “yang” di awal ayat. Kata hubung tidak setara ini perlu digunakan ketika penulis ingin menghubungkan satu perkataan dengan perkataan yang lain dan sewaktu menggunakan klausa yang tidak sama. Kemudian perkataan “yang” perlu ditulis dalam huruf kecil dan tidak sepatutnya diletakkan pada awal-awal ayat.  

3.0       KESIMPULAN
Pada pandangan saya, berdasarkan kepada analisis teks daripada artikel undang-undang diatas, maka dapat disimpulkan disini bahawa penulis sering melakukan kesalahan bahasa yang sama dalam penulisan beliau. Antara kesalahan bahasa yang sering dilakukan adalah kesalahan dari aspek morfologi iaitu kesalahan dari segi ejaan, kesalahan penggunaan imbuhan dan kesalahan penggunaan kata yang tidak tepat.
Kesalahan dari aspek sintaksis juga banyak dilihat dalam artikel undang-undang ini iaitu kesalahan dari segi struktur ayat. Ayat-ayat dalam artikel ini kebanyakkannya diambil daripada bahasa Inggeris dan kemudiannya di terjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Kesimpulannya, kesalahan bahasa yang sering dilakukan oleh penulis bukanlah suatu perkara yang baru kerana kesalahan ini juga turut dilakukan oleh pentadbir dan pengamal undang-undang yang lain. Pengaruh bahasa Inggeris yang digunakan dalam pendekatan undang-undang telah menyebabkan bahasa Melayu itu sendiri di ketepikan secara sedikit demi sedikit.