6. KATA KERJA
Kata
kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan
sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata
kerja terbahagi kepada dua:
·
Kata kerja transitif
·
Kata kerja tak transitif
KATA KERJA TRANSITIF (KKT)
Kata
kerja yang memerlukan objek
atau penyambut yang terdiri
daripada kata nama untuk
melengkapkan maksud ayat.
KKT boleh
dikenal pasti dengan imbuhannya iaitu:
(minum,
makan) – tiada imbuhan
meN-... - (mencangkul,
menebang, memukul)
meN-...-i - (menjalani, menghadiahi, menghadapi)
meN-...-kan - (melarikan, memasukkan, menjalankan)
memper-... - (memperbesar, mempercantik, mempersuami, memperisteri)
memper-...-kan - (mempertingkatkan,
mempertunjukkan)
memper-...-i - (memperdengari, memperingati)
KKT boleh
dipasifkan. Contoh:
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif
|
Ah Moi sedang membasuh kain di dalam
bilik air.
|
Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam bilik
air.
|
Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan raya.
|
Jalan raya sedang diperlebar oleh
pekerja-pekerja.
|
Ibu menidurkan adik di dalam kamar.
|
Adik ditidurkan oleh ibu di dalam
kamar.
|
Kami makan kentang goreng itu.
|
Kentang goreng itu kami makan.
|
Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu
hukuman mati mandatori.
|
Pengedar dadah itu dijatuhi hukuman mati
mandatori oleh Tuan Hakim.
|
KATA KERJA TAK TRANSITIF (KKTT)
Kata
kerja tak transitif (intransitif) ialah kata kerja yang sudah sempurna maknanya
dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. Oleh itu, KKTT tidak memerlukan objek
atau penyambut untuk menyempurnakan maksudnya. KKTT tidak boleh dipasifkan.
KKTT
boleh dikenal pasti melalui imbuhannya, contohnya adalah seperti yang di bawah
ini.
·
Tanpa imbuhan (pulang, pergi,
duduk, mati, tidur, balik)
·
meN-... (mengalir, meletup, menangis, membisu)
·
ber-... (berbicara, bercadang, berbincang, berkereta)
·
ter-... (terkeluar, terjatuh, terpelosok, tertarik)
·
ber-...-an (berguguran, bergandingan, berkibaran, bertaburan)
·
ber-...-kan (berselimutkan, bersuamikan,
beristerikan, berbantalkan)
KKTT
terbahagi kepada dua iaitu;
i. KKTT
tanpa pelengkap
ii. KKTT
berpelengkap
KKTT
Tanpa Pelengkap
Kata
kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa pelengkap.
Contoh:
Gadis itu asyik termenung.
Ayah dan ibu sedang berbicara.
Lori yang sarat dengan muatan batu itu terhumban.
KKTT di atas boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan keterangan lanjut
tentang ayat tersebut.
Contoh:
1. Si Dara itu asyik termenung
di dalam kamar.
2. Hanif dan Nazimah
sedang berbicara tentang pilihan raya.
3. Lori yang sarat
dengan muatan batu itu terhumban ke dalam gaung yang dalam.
KKTT Berpelengkap
Kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap (terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan
kata sendi nama) untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap tidak sama
dengan objek atau penyambut kerana objek atau penyambut hadir selepas Kata
Kerja Transitif yang boleh mengalami proses pasif. Ayat yang mengandungi
pelengkap tidak boleh dipasifkan.
Contoh:
1. Keadaan banjir sudah
beransur
surut.
2. Pasaran saham di Malaysia
sudah bertambah baik.
3. Pengemis itu tidur berbantalkan
lengan.
4. Ying Ying
bercita-cita untuk menjadi arkitek.
5. Cikgu Zakiah tinggal
di Kepala Batas.
6. Hampir lima tahun
Mak Limah menetap di kampung ini.
Daripada perbincangan di atas, dapatlah kita rumuskan bahawa
KKTT dan KKT mempunyai fungsi yang berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat dengan
jelas melalui frasa kerja tak transitif dan frasa kerja transitif.
Struktur Frasa Kerja Tak Transitif
Kata
bantu
|
KKTT
|
Kata
Sendi /adjektif
|
Kata
Nama
|
sedang
|
bekerja
|
di
|
pejabat
|
ingin
|
berbincang
|
tentang
|
perkara
|
telah
|
terlupa
|
akan
|
nama
rakannya
|
sudah
|
bertambah
|
kukuh
|
-
|
sudah
|
beransur
|
sembuh
|
-
|
telah
|
bersuamikan
|
-
|
orang
kaya
|
telah
|
berpayungkan
|
-
|
daun
pisang
|
Struktur Frasa Kerja Transitif
Kata
Bantu
|
KKT
|
Objek
atau Penyambut
|
telah
|
membincangkan
|
perkara
|
akan
|
memperbesar
|
rumah
|
sedang
|
menggilap
|
kasut
|
hendak
|
menunggang
|
motosikal
|
Kesalahan-kesalahan Kata Kerja.
1. Penggunaan
KKT tanpa imbuhan.
Contoh ayat:
Haji Naseer
sedang pandang lukisan itu (X)
Haji Naseer
sedang memandang lukisan itu. (√)
2. Penggunaan
kata sendi nama selepas KKT.
Contoh ayat:
Sharifah memahami
akan kehendak adiknya. (X)
Sharifah memahami
kehendak adiknya. (√)
3. Penggunaan
Kata Adjektif selepas KKT.
Contoh ayat:
Ahmad telah menendang
kuat-kuat bola itu. (X)
Ahmad telah menendang
bola itu kuat-kuat. (√)
4. Penggunaan
Kata sendi nama selepas KKTT
Contoh ayat:
Cik Min akan berjumpa
Cikgu Zue. (X)
Cik Min akan berjumpa
dengan Cikgu Zue. (√)
5. Penggunaan
Kata sendi nama selepas KKTT berimbuhan ber-...-kan
Contoh ayat:
Penculik itu bersenjatakan
dengan sebilah pisau. (X)
Penculik itu bersenjatakan
sebilah pisau. (√)
6. Tidak
meletakkan kata sendi nama selepas KKTT tanpa imbuhan.
Contoh ayat:
Ayah tidak
akan pulang
rumah tengah hari ini. (X)
Ayah tidak
akan pulang
ke rumah tengah hari ini. (√)