SELAMAT DATANG KE LAMAN ILMU ZUNIDA ZULKUFLI

Wednesday 18 July 2012

Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet






Objektif Kod Etika

a)    Mengetahui  masalah moral dan isu etika komputer.
b)    Memahami prinsip etika komputer.
c)    Memahami etika profesional Teknologi Maklumat.
d)    Mengetahui fungsi kod etika profesional.
e)    Keperluan etika komputer.


Etika Komputer

v  Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul.
v  Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.


Masalah Moral Dan Etika

Terdapat beberapa masalah moral dan etika
yang sering berlaku iaitu:-

a)    Penggertak
b)    Penyalahgunaan internet
c)    Virus
d)    Hak cipta
e)    Perisian cetak rompak


a)  Penggertak
v  Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama untuk membuat keuntungan.
v  Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.


b)  Penyalahgunaan Internet
v  Konsep langit terbuka yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna internet terutamanya di kalangan remaja.                                                  


c)  Virus
v  Penyebaran virus boleh merosakkan sistem, data dan perisian. Ini boleh melumpuhkan rangkaian komputer


d)  Hak Cipta Terpelihara
v  Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah dari segi undang-undang hak cipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.


e)  Perisian Cetak Rompak
v  Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.




Prinsip Etika Komputer

a)    Keseimbangan
b)    Keizinan termaklum
c)    Keadilan
d)    Meminimumkan risiko


a)  Keseimbangan
v  Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.


b)  Keizinan termaklum
v  Mereka yang menerima kesan teknologi maklumat mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.


c)  Keadilan
v  Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih. Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.



d) Meminimumkan risiko
v  Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.



Panduan Kepada Pengguna Komputer Adalah Seperti Berikut:

  1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
  4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
  5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
  6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
  7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
  8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
  9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang digunakan.
  10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.